Tugasan Penulisan Ilmiah

KOMUNITI PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN

PENGENALAN
Internet merupakan cabang utama yang menjadi medium pertukaran maklumat dan interaksi sosial. Sejak 15 tahun yang lalu, jutaan rakyat Amerika telah menjadikan internet sebagai penggunaan harian untuk mendapatkan sumber maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Kebanyakan pengguna adalah terdiri daripada pengguna informatif yang mendapatkan maklumat tentang berita dunia, keadaan cuaca semasa, maklumat perubatan, hobi dan minat serta membaca peta dan arah pemanduan( Pew Internet & American Life Project 2007). Kini, aktiviti yang paling popular dilakukan oleh majoriti pengguna internet ialah interaksi sosial. Mereka melayari internet untuk berkomunikasi dengan rakan, saudara-mara, rakan sekerja, dan orang lain yang dikenali dalam dunia nyata.  Kesempatan ini diambil juga oleh sesetengah individu untuk meluaskan rangkaian sosial secara maya dengan individu-individu lain yang tidak dikenali yang berkongsi minat yang sama dalam penggunaan komunikasi sosial. Pengguna kini cenderung berkongsi bermain game online sesama pengguna, berbual dan bertukar maklumat melalui ruangan ‘chatting’, forum perbincangan, melawat laman sosial dan laman professional serta lain-lain laman web untuk berkomunikasi.

Komuniti pembelajaran atas talian ialah lanjutan daripada komuniti pembelajaran secara fizikal yang ditukarkan menjadi lebih elektronik(Russel and Ginsburg 1999). Terdapat pelbagai bentuk definisi komuniti pembelajaran atas talian. Dalam konteks frasa yang sering digunakan yang merangkumi sebahagian atau semua yang berikut: satu tapak dalam memenuhi keperluan pembelajaran ( Tu and Corry 2002 ),  koleksi orang yang berkongsi matlamat pembelajaran yang sama (Kowch and Schwier 1997), asas emosi dalam proses pembelajaran ( MCMillan and Chavis 1986), model reka bentuk pengajaran ( Romiszowsky and Mason 1996),  dan kejadian fenomena sosiologikal semulajadi (Johnson 2001). Oleh itu, komuniti pembelajaran atas talian boleh juga dirujuk sebagai lokasi maya, kumpulan maya, ikatan emosi yang kuat atau lemah dalam kumpulan maya, model penambahbaikkan e-learning yang sistematik, dan fasa-fasa tertentu dalam perkembangan pembelajaran atas talian.

Menurut Saragina (1999), “komuniti” ialah interaksi di dalam populasi yang terdiri daripada individu-individu yang berbagai di dalam suatu lokasi; merasai kepunyaan bersama atau keterlibatan; mempunyai satu perjanjian sosial atau keadaan yang dipersetujui bersama. Kini dengan kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dengan munculnya teknologi internet dan World Wide Web (WWW) telah mewujudkan individu dan kumpulan masyarakat yang boleh berhubung antara satu dengan lain secara bersemuka atau pun sacara maya melalui penggunaan teknologi komputer tanpa dibatasi oleh faktor geografi. Menurut Boettcher, Duggan, dan White, (1999), komuniti dalam talian (online communities) atau komuniti maya (virtual communities) adalah sekumpulan manusia yang dapat bertemu dalam satu ruang maya, dimana mereka dapat berkomunikasi, berhubung, dan mengenali antara satu sama lain dalam sesuatu masa . Pertemuan di ruang maya mungkin berlaku secara sinkroni (masa yang sama) atau asinkroni (masa tidak sama). Perbincangan dan pertemuan diantara ahli komuniti secara sinkroni ialah seperti melalui ruang sembang (chat room), persidangan video (video conference) dan seumpamanya. Manakala pertemuan di ruang maya secara asinkroni adalah seperti melalui e-mail, forum, bulletin boards, massage board, group discussion, dan sumpamanya.

Komuniti pembelajaran atas talian (online learning community) ialah destinasi umum atau persendirian pada alamat internet di mana pembelajaran memerlukan ahli sebagai fasiliti pembelajaran rakan sebaya.Melalui jaringan sosial dan komputer sebagai alat komunikasi, orang ramai bekerja sebagai komuniti untuk mencapai objektif pembelajaran bersama. Dalam online learning community, perkongsian ilmu menggunakan perbincangan dalam bentuk teks (synchronous atau asynchronous), audio, video, atau apa sahaja yang menyokong medium internet. Blog membentuk seseorang sebagai penulis di rangkaian sosial bagi membina iklim sebagai peluang untuk dijadikan pengajaran.

Komuniti pembelajaran atas talian adalah tempat yang direka untuk membantu pengguna mencapai matlamat pembelajaran melalui perkongsian dan bekerjasama termasuklah dengan pelbagai peringkat rangkaian sosial dan internet berasaskan komunikasi komputer. Komuniti-komuniti ini mungkin dikategorikan sebagai  knowledge-based, practised-based, dan task-based dan lain-lain lagi. Jenis-jenis komuniti pembelajaran atas talian  termasuk komuniti-komuniti dalam E-learning di mana  kumpulan berinteraksi dan menyambung semata-mata melalui teknologi dan kumpulan komuniti untuk   pembelajaran ini boleh pilih untuk  menggunakan face-to-face atau pertemuan secara atas talian untuk pembelajaran. Komuniti pembelajaran boleh menggunakan teknologi dan alat dalam pelbagai kategori seperti mesej segera, papan mesej, pengurusan kandungan , kerjasama (melalui wiki atau lain-lain ) , rangkaian sosial, blog, dan banyak lagi. Malah, banyak laman sosial yang baru telah menimbulkan online learning communities. Komunikasi boleh berlaku melalui perbincangan teks atau menggunakan audio, video, atau media internet lain yang disokong.


PLATFORM YANG DIGUNAKAN

Pada zaman serba modern ini kebanyakan perkongsian ilmu atau maklumat di jalankan atas talian. Jadi komuniti  pembelajaran di atas talian juga semakin banyak terbentuk seperti tubuh cendawan selepas hujan. Antaranya adalah web e-Learning yang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Chencghi.Web ini mempunyai tiga tahap. Bagi tahap yang pertama ia mengandungi fungsi berkaitan kandungan kurikulum, maklumat kurikulum, interaksi kurikulum, kawasan individu dan kawasan sistem.  Reka bentuk pengajaran kajian ini memerlukan peserta melengkapkan beberapa tugasan kummpulan dan terlibat dalam perbincangan dalam talian.  Oleh yang demikian, ‘ interaksi kurikulum’ terutamanya ‘Lembaga Kumpulan Perbincangan’ lebih kerap menggunakan laman ini.  Platform yang kedua adalah platform program MBA di Universiti Midwestern (Xiaojng Liu, Richard J. Magjuka, Curtis J. Bonk dan Seung-hee Lee). Program ini dibentuk untuk golongn professional yang berhasrat untuk menuruskan pekerjaan sementara memperoleh MBA mereka, Jadi dengan cara inilah pengkaji mengumpul maklumat berkaitan dengan online learning communities.  Yang ketiga merupakan kajian yang dijalankan oleh Bahar Baran dan Kursat Cagiltay, mereka menggunakan ‘online communities of practice’ (oCoPs) untukmelihat bagaimana ‘online communities’ ini membantu guru berkongsi pengetahuan yang jelas dan pengetahuan tersirat mereka di dalam keadaan yang sebenar.

Salah satu masalah yang berhadapan dengan pembelajaran di atas talian ini adalah penglibatan setiap pelajar dalam sesuatu kursus.Jaringan sosial atas talian boleh menarik minat dan melibatkan interaksi pelajar.Sebagai contoh, Facebook berpotensi besar untuk digunakan dalam pembelajaran atas talian.Ia membenarkan pengguna mengakses dan up-to-date dengan kawan-kawan mereka, di samping berkongsi maklumat berkenaan kursus mereka (Rodrigues et al., 2010, p.1148). Twitter juga merupakan jaringan sosial yang berguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada masa yang sama. Ahli-ahli perniagaan boleh mengiklankan produk mereka.Seterusnya, individu yang berminat dengan produk mereka boleh menghubungi mereka untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan priduk tersebut. Youtube juga boleh digunakan sebagai pembelajaran atas talian yang mana ia merupakan satu website yang berkongsi video. Ia sangat mudah untuk digunakan dan boleh dilanggan oleh sesiapa sahaja. Blog adalah salah satu platform yang semakin popular pada zaman ini.Blog mengandungi laman web yang menyediakan banyak maklumat dan topik-topik yang berkaitan.Website ini boleh diakses oleh orang ramai dan boleh meninggalkan komen pada ruangan komen yang disediakan.Wiki juga tidak kurang popular yang mana merupakan satu perisian yang boleh mengubah dan mengedit sesuatu dokumen. Wiki menggalakkan kerjasama dan perkongsian maklumat di antara pengguna untuk menjadikan ia sebagai sumber pembelajaran yang menarik. 


BENTUK PERBINCANGAN YANG DIJALANKAN DALAM KOMUNITI ATAS TALIAN

Bagi bentuk perbincangan dalam ‘online communities’ ini ia lebih bersifat seperti perbincangan dan perkongsian. Sama seperti dalam kajian yang dijalankan oleh  Bahar Baran dan Kursat Cagiltay (2010),  mereka menggunakan platform (oCoP) yang dipanggil sebagai ‘ The Professional Development Circle’ (PDC). Tema utama untuk portal ini adalah untuk mengajar  matapelajaran Matematik.  Portal ini memuatkan tiga bahagian, bahagaian yang pertama sumber perpustakaan digital.Kedua, rakaman video daripada persekitaran bilik darjah yang konstruktivis di sekolah sebenar dan yang ketiga pula, forum dan alat komunikasi. Bagi perpustakaan digital termasuklah projek pelajar, ulasan akademik, permainan matematik,komputer dibantu perisian pengajaran matematik, dan lain-lain digital video yang telah direkodkan oleh salah seorang penyelidik untuk tujuan kajian ini. Tujuan menggunakan video adalah untuk mendedahkan guru matematik dengan aktiviti pengajaran, pengurusan bilik darjah serta mengumpulkan pandangan tentang tajuk pengajaran. Forum dan alat komunikasi juga disediakan untuk membenarkan ahli-ahli untuk PDC menghantar mesej ringkas antara satu sama lain. Bagi portal ini mereka menggunakan senarai perbincangan bagi setiap apa yang dianikkan di portal .ini bertujuan untuk berkongsi  maklumat dan idea dengan orang lain. Untuk platform ini bentuk perbincangannya adalah perbincangan dan perkongsian melalui dua kumpulan yang berbeza iaitu Mandatory Participation Term (MPT) dan Voluntary Participation Term (VPT).

Manakala, bagi laman web e-learning yang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Chenghi. Laman web e-Learning ini  terdiri daripada tiga peringkat. Tahap pertama merangkumi fungsi kurikulum kandungan, maklumat kurikulum, interaksi kurikulum, kawasan individu, dan kawasan sistem.Untuk  kajian ini  reka bentuk pengajaran meminta  peserta untuk melengkapkan tugasan kumpulan dan terlibat dalam komuniti pembelajaran atas talian. Oleh yang demikian, "interaksi kurikulum," terutamanya "Lembaga Kumpulan Perbincangan", paling kerap menggunakan laman web ini.  Untuk platform ini ia lebih berbentuk tugasan yang perlu dilaksankan di dalam kumpuan dan setiap tugasan adalah berbeza. Perlu dipastikan juga yang setiap ahli kumpulan menjalankan tugas yang berbeza bagi setiap tugasan yang dijalankan.

Bagi platform MBA ia lebih berbentuk tembual pelajar yang berada di universiti Midwestern.  Setiap temubual adalah di jalanakn secara one-on-one-format.Temubual yang dibuat adalah berkaitan dengan pengalaman pelajar yang terlibat dengan komuniti pembelajaran atas talian.   Selain itu, ia juga menjalanakn soal selidik  secara atas talian iaitu berkaitan dengan pengalaman kepuasan mereka menggunakan komuniti pembelajaran atas talian dan apa perasaan mereka terhadap komuniti atas talian.

Pengkaji telah mengemukakan 3 teknik kolaboratif serta membandingkan keupayaannya dalam memupuk dimensi sosial dalam kalangan kumpulan pelajar di dalam sesuatu kursus.Berdasarkan kajian, seperti kebanyakan sampel kajian dalam bidang pendidikan adalah bersifat tinjauan dan secara statistiknya dinilai ‘lemah’ kerana sampel ini terhad serta pada masa yang sama ianya tidak berkemampuan untuk mengawal penglibatan pembolehubah yang terlalu banyak. Akibatnya, hasil kajian perlu dikendalikan dengan lebih teliti kerana masih terdapat beberapa prinsip reka bentuk dan tanda-tanda yang boleh digugurkan daripada analisis.

Jika fokus sebenar dalam dunia dimensi dan matlamatnya adalah untuk meningkatkan komponennya dalam proses pembelajaran, seseorang perlu lebih memberikan perhatian dalam susunan aktiviti yang telah dicadangkan dalam sesuatu kursus iaitu bermula dengan teknik-teknik yang mudah seperti perbincangan yang membolehkan pelajar secara semulajadi mengenali sesama mereka dan tidak memerlukan peranan dan penyusunan yang kerap dalam sesebuah kumpulan pembelajaran secara atas talian. Apabila system pembelajaran atas talian ini dimulakan, membolehkan seseeorang individu menggunakan teknik-teknik yang lebih mencabar berbanding dari sudut pandangan sosial.

Tambahan pula, pada peringkat mereka cipta, seseorang perlu sedar dan tanamkan dalam fikiran bahawa terdapat beberapa teknik yang memiliki prinsip-prinsip yang bertujuan untuk memupuk dimensi sosial yang positif manakala prinsip-prinsip yang lain lebih cenderung untuk mewujudkan pertelingkahan sesama individu lain. Jadi, ketika di dalam proses mereka cipta seseorang perlu sentiasa mengawal  dan memastikan diri tidak menggalakkan dimensi sosial yang negatif.

Selain itu, kajian juga telah memastikan bahawa tidak semestinya hasil pemerhatian akan mendapati hubungan antara dimensi sosial dan pencapaian pembelajaran yang diperolehi oleh seseorang pelajar adalah berkadar terus( dimensi sosial yang tinggi = pencapaian baik ; atau, jika sebaliknya, dimensi sosial yang rendah = pencapaian teruk ). Tambahan pula, pemberian pembolehubah oleh pelajar yang terlalu banyak seperti contoh pembolehubah karakter individu pelajar yang terlibat dalam proses, boleh menyukarkan lagi proses dalam mengaitkan hubungan berkadar terus pencapaian pelajar sama ada baik atau teruk kepada hanya satu-satu dimensi sahaja.

PENGGUNA KOMUNITI PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Komuniti pembelajaran atas talian wujud di dalam persekitaran yang luas merangkumi pelbagai rangkaian. Dengan mendapatkan maklumat, mencipta wawasan, analisis akujanji dan kerjasama dalam kursus pembangunan ilmu melalui satu proses pembelajaran yang berstruktur, rangkaian-rangkaian ini akan berupaya mewujudkan segala bentuk persatuan interpersonal dan peluang pembelajaran. Dalam komuniti pembelajaran atas talian, ilmu bukanlah sesuatu objek yang static atau pegun, tatapi lebih kepada sesuatu yang timbul daripada pemikiran masyarakat, dan ianya diimplikasikan di dalam rangkaian sosial.

Pembelajaran bukan hanya sekadar mendapatkan sedikit ilmu dengan bebasbya, tetapi ilmu adalah tentang pengajaran aktif melalui pertukaran sosial dan kolaborasi dalam kalangan banyak pihak atau peserta dalam komuniti pembelajaran atas talian (Cohen & Prusak,2001; Nonaka & Konno, 1998; Lave & Wenger, 1991).

Secara keseluruhannya, setiap jurnal yang saya baca target utama untuk  online learning communities ini adalah pelajar dan guru. Ini dapat dilihat dengan kajian yang dijalankan yang menggunakan ( oCoP) atau PDC yang di gunakan untuk melihat sejauh mana guru ia mampu membantu guru-guru berkongsi pengetahuan yang jelas dan membawa pengetahuan tersirat di dalam sesi pembelajaran.


KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KOMUNITI PEMBELAJARA ATAS TALIAN

Setiap perkara di duna ini mesti mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka sendiri begitu juga dengan komuniti pembelajaran atas talian. Melalui pembacaan saya dari beberapa jurnal ia menunjukkan kelebihan dan kelemahan komuniti pembelajaran atas talian ini adalah seimbang.  Sebagainya contohnya, komuniti pembelajaran atas talian ini merupakan salah satu cara untuk mendapat sesuatu bahan dan berkongsi idea degan orang lain tetapi ia memerlukan no ID untuk memasuki laman web tersebut.

1.      Kelebihan
Baiklah mari kita lihat terlebih dahulu kelebihan yang pertama untuk komuniti pembelajaran atas talian, dapat meningkatkan pengetahuan perofesional mereka melalui aktiviti pembelajaran secara atas talian ini. Seperti hasil dapatan kajian Bahar Baran dan Kursat Cagiltay (2010), responden mengatakan bahawa :

 “This experience was entirely positive for me. I think that knowledge, I gained, will be helpful in my future  professional life. After graduation, I will also continue to share my experiences and ideas in the PDC.”
Kelebihan yang kedua adalah mereka belajar bagaimana untuk meletakkan pembelajaran teori ke dalam amalan pengajaran sebagai seorang guru.Sebagai contonhnya.dengan melihat video berkaitan dengan pengaaran teori jadi melalui video itu guru mempunyai idea untuk mengajar pelajar-pelajarnya berkaitan dengan tajuk yang sama dan guru juga dapat meningkatkan pengalamannya serta guru sentiasa up-to-date dengan kaedah pengajaran yang terbaru,

Kelebihan yang ketiga adalah mendapat pengalaman, perspektif dan idea-idea yang berbeza dari pelbagai individu. Sebagai contoh,  perbincangan video berkaitan dengan pengajaran dengan guru yang berpengalaman serta perbezaan pandangan ia sedikit sebanyak idapat membantu meningkatkan kemahirannya dalam pengajaran bagi seseorang guru itu.

Kelebihan yang keeempat adalah mengesahkan idea-idea yang berkaitan dengan amalan yang akan digunakan kelak. Guru atau bakal-bakal guru  membuat pengajaran daripada kandungan video di mana guru-guru baru membuat kesilapan dan guru yang berpengalaman mengingatkan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kenapa kita perlu mengikut nasihat guru-guru yang berpengalaman,  ini kerana :

“ We are amateurs and we will gain experience over years.Therefore, it is beneficial to gain experience from negative points of the activities in the videos and thus to think about how we can make them valuable.”
                       [ menurut kajian Bahar Baran dan Kursat Cagiltay (2010) ]

Selain itu, dengan menonton video yang berbeza ia memberi peluang untuk kita melihat suasana bilik darjah yang pelbagai. Berbanding jika guru-guru menjalaninlatihan di sekolah mereka hanya dapat melihat hanya beberapa jenis suasana bilik darjah ketika proses  P&P berlansung. Jadi dengan pengalam itulah guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Melalui tontonan video juga ia dapat membantu mengajar topik pengajaran yang berbeza dengan cara yang lebih efektif.

Melalui pembelajaran maya perkongsian maklumat di dalam sesebuah komuniti dapat dilakukan dengan cepat dan secara berterusan. Menurut Jamaludin (2000), manusia berbeza dengan makhluk lain-mempunyai fikiran. Fikiran di sini dikaitkan dengan pengetahuan dan pengetahuan secara umumnya kita anggap wujud dalam otak.Pengetahuan sekumpulan manusia adalah lebih banyak berbanding dengan pengetahuan seorang individu.Pengetahuan dikalangan kumpulan manusia terpisah-pisah dan berkecamuk.Kini dengan adanya internet begitu mudah dan cepat pengetahuan itu disebarkan dan dikongsi dikalangan ahli dalam komuniti.Perkongsian maklumat antara ahli dalam organisasi adalah penting kerana pengetahuan adalah aset penting bagi memastikan sesebuah organisasi tersebut dapat berkembang dengan lebih pesat.
Penggunaan pelbagai platform jaringan sosial atas talian ini menggalakkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Mereka tidak lagi menjadi pelajar yang pasif sebaliknya menjadi seorang yang aktif.Mereka boleh berinteraksi dengan baik dan tidak segan menyuarakan pandangan mereka.Komuniti pembelajaran atas talian pada dasarnya boleh dikembangkan melalui interaksi dan dialog. Von Krogh, Ichijo, dan Nonaka (2000) mendapati bahawa kebanyakan peringkat asasnya ‘cara individu berinteraksi…adalah berpura-pura daripada pengetahuan yang tidak diucapkan…dan perlu diberi perhatian yang lebih’. Kerjasama dan motivasi adalah dua perkara penting sekali ditanam dalam setiap individu bagi membezakan pencapaian kumpulan atas talian (Guzdial & Turns, 2000; Lin et al.,2007). Lin et al., 2007 mendapati lebih 50% peserta dalam kalangan pemimpin kebiasaannya bekerjasama, sebahagian kumpulan inferior juga melakukan perkara yang sama. Penglibatan dalam kalangan pemimpin menunjukkan semangat dan keghairahan dalam berkongsi pengetahuan berbanding kumpulan inferior.

Dengan adanya pembelajaran maya, sistem pendidikan jarak jauh juga turut berubah.PJJ melalui siber adalah lebih mudah diikuti oleh pelajar dan bersifat interaktif.Melalui internet pelajar dengan mudah dan cepat dapat berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Pelajar juga dapat memuat turun (download) nota atau modul dengan senang berbanding terpaksa menunggu modul yang dihantar melalui pos.

Komuniti pembelajaran di atas talian ini adalah lebih menjimatkan kos dan masa berbanding dengan perhubungan melalui telefon, bertemu secara face-to-face, atau pos bagi kursus jarak jauh. Pelajar dapat berkomunikasi dengan guru dan pensyarah mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak.Pelajar dapat berbincang secara sinkroni atau asinkroni.Nota-nota dan modul pembelajaran dapat dimuat turun pada bila-bila masa dengan cepat. Kini pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja kos pengangkutan dan masa perjalanan yang jauh untuk mendapatkan nota pembelajaran.Kini dengan adanya universiti-universiti yang menjalankan pengajaran jarak jauh secara online,  ramai rakyat di negara ini dapat berpeluag melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Sebagai contoh, sehingga tahun 2003 lebih 8,000 pelajar telah mendaftar dan mengikuti pengajian daripda UNITAR melalui pembelajaran jarak jauh secara maya sepenuhnya. Begitu juga dengan MOU, selepas tiga tahun ditubuhkan kini jumlah pelajarnya telah mencecah kepada 23,000 orang.



Kelemahan

Segala kelemahan yang dinyatakan ini adalah diambil dari kajian yang dijalankan oleh Bahar Baran dan Kursat Cagiltay (2010).  Kelemahan yang pertama adalah  disebabkan beban belajar berat menjadi penghalang kepada pembangunan profesional. Ini kerana bagi mereka online learning communities ini merupakan sesuatu yang membosankan sebab kualiti sumbangan yang mereka berikan juga berubah-rubah mengikut jadual mereka. Jika mereka sibuk maka mereka tidak sempat unutk memberi komen dna embaca setiap apa yang di komen oleh orang lain. Selain itu, melalui tonton video juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri Masalah kedua adalah sudut tontonan yang terhad daripada video. Zoom masuk dan keluar tidak mencukupi untuk menangkap semua dinamik pelajaran yang sangat aktif dan yang terakhir ini merupakan kelemahan yang paling jelas iaitu masalah teknologi. Untuk online learning communities ini unutk menggunakannya ia memerlukan internet yang kuat bagi menonton video terutamanya sekali. Ini tidak ada masalah sekiranya mereka menonton video atau akses sesebuah lamn web di university kerana rangkain internetnya yang agak kuat tetapi  ia masalah bagi mereka yang ingin menonton video di rumah atau Cybercafe.

Selain itu, segala kemudahan memerlukan perbelanjaan yang agak besar dan agak sukar disediakan oleh anggota komuniti yang berpendapatan rendah.Selain daripada itu masih terdapat kawasan luar bandar di negara ini yang masih belum mempunyai kemudahan talian telefon. Keadaan ini tentunya akan meningkatkan lagi jurang pengetahuan di antara golongan yang berpendapatan tinggi dengan golongan yang berpendapatan rendah kerana mereka yang berpendapatan tinggi tidak ada masalah untuk menyediakan segala peralatan teknologi yang diperlukan dalam pembelajaran maya.

Sebaliknya golongan yang berpendapatan rendah agak sukar untuk menyediakan segala kemudahan tersebut dan tidak berpeluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui kaedah yang baru itu. Disamping itu teknologi internet dan pembelajaran maya akan meningkatkan jurang pengetahuan diantara penduduk bandar dan luar bandar. Dalam satu kajian yang telah dijalankan mendapai bahawa 83 peratus masyarakat di kawasan luar bandar dan 60 peratus masyarakat di kawasan bandar menyatakan akses kepada internet adalah terlalu mahal. Dalam kajian tersebut juga mendapati bahawa lebih 50 peratus pengguna internet di Malaysia berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Education Quarterly:35, 2001).

Pembelajaran maya juga membenarkan pelajar belajar seorang diri di rumah yang mana akan membuatkan pelajar menjadi terasing, kurang bergaul dan berinteraksi, menyembunyikan identiti dan pasif. Kehidupan di alam kampus yang sebenar seperti menghadiri kuliah di dewan kuliah, menghadiri kelas tutorial, mencari buku di perpustakaan, bertemu pensyarah, melibatkan diri dalam kegiatan persatuan, ko- kurikulum dan sebagainya tentunya banyak memberikan pengalaman yang berharga dan dapat membentuk peribadi pelajar-pelajar yang belajar secara sepenuh masa di kampus. Pengalaman seperti itu tentunya tidak dapat dirasai oleh pelajar-pelajar maya dan iamerupakan pengalaman yang sangat berharga yang sepatutnya dirasai oleh pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Seterusnya adakah pelajar-pelajar yang belajar secara maya ini akan dapat menjadi anggota komuniti masyarakat yang boleh berinteraksi dengan orang ramai apabila telah menamatkan pendidikan mereka.

Oleh kerana pembelajaran maya adalah berasaskan penggunaan internet maka para pelajar akan terdedah dengan berbagai-bagai maklumat yang benar dan tidak benar yang baik dan tidak baik yang disampaikan melalui internet. Di Malaysia, perkembangan internet pada peringkat awalnya mendapat tentangan. Ramai pemimpin negara dan para akademik agak skeptikal dan pesimistik terhadapnya. Ini berpunca daripada kenyataan seorang pakar dari sebuah universiti tempatan menyatakan bahawa internet ini akanmembawa kesan negatif kerana terdapat banyak bahan lucah (Jamaludin, 2000). Walau bagaimanapun, akhirnya Malaysia menerima internet, dan mematuhi peraturan yang menghalang penapisan di dalam internet.Kuasa memilih dan capaian pada internet adalah terletak pada seseorang individu itu.Dengan kemudahan “online chatting” sekarang ini, ianya sangat berguna untuk bertukar-tukar pandangan tentang sesuatu isu atau tugasan yang diberikan oleh guru kerana kosnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan telifon. Namun apa yang berlaku kini, kebanyakan pelajar terutamanya golongan remaja sering menggunakan ruangan tersebut untuk membincangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti gossip, hiburan dan sebagainya.
Objektif Pembelajaran Koperatif adalah untuk mengembangkan tingkah laku afektif seperti sikap mandiri dan kerjasama antara kumpulan. Tingkah laku afektif amat penting dalam pembangunan diri individu. Selain itu, elemen sosial juga banyak menyumbang kepada kebanyakan pelajar melalui tugasan kerja yang menyeronokkan. Pembelajaran Koperatif ini juga adalah untuk mengembangkan proses kognitif yang menjadi garis panduan kepada individu yang menggunakan Pembelajaran Atas Talian. Apabila para pengguna berinteraksi dan berkongsi idea anatara satu sama lain, mereka telah mengembangkan kebolehan mereka dalam menyatakan atau mempertahankan pandanagan mereka.
Kesukaran dalam membina sikap inovasi dalam kelas. Kesukaran yang pertama adalah isi kandungan tempatan seperti sekolah, subjek jabatan, kesesuaian masa dan peruntukan wang. Pengurusan sekolah dan guru perlu berbincang dan mengembangkan idea-idea pendekatan inovasi. Kesesuaian masa yang mencukupi juga penting.              Kedua ialah pengalaman guru itu sendiri. Kebanyakan daripada mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai banyak pengalaman, kurang kemahiran dan pengetahuan yang sedikit. Walaubagaimanapun, guru itu perlu peka akan perubahan semasa.
Kebanyakan guru profesional dipengaruhi oleh pandangan pembelajaran. Mereka mengangggap para guru lain sebagai individu yang aktif dan mampu mencipta satu keadaan kolaboratif. Komuniti guru atas talian adalah rangkaian dimana mereka dimiliki dan diterima. Komuniti Atas Talian ini menyediakan peluang kepada para guru supaya mereka boleh membuat keputusan untuk menggunakan medium apa sebagai medium komunikasi.








SENARAI RUJUKAN

Xiaojing Liu, Richard J.Magjuka, Curtis J. Bonk, dan Seung-hee Lee. 2007. Does Sense Of Community Matter? An examination of Parceptions of Building Learning Communities in Online Course.8(1).pp9-24. Age Publishing,Inc.
Yu-Chu Yeh. 2010. Analyzing Online Behaviors, Roles and Learning communities Via Online Discussions. educational Technology & Society. 13(1). pp 140-151.
Bahar Baran and Kursat Cagiltay. 2010. The Dynamics of Online Communities in the Activity Theory Framework. Educational Technology & Society.13 (4). pp 155–166.
Charles Doe. 2010.  A Look At..Online Learning Communities/Learning Management Systems. Media Specialist, Hastings Area Schools Hastings, Mich. pp 32-35.
Alicia Iriberri and Gondy Leroy, A Life-Cycle Perspective on Online Community Success,  ACM Computing Surveys, Vol. 41, No. 2, Article 11, Publication date: February 2009.
F.Ke, College of Education, Organizational Learning and Instructional Technology Program, University of New Mexico, 294 Hokona Hall, MSC05 3040, Albuquerque, NM 87131-1231, USA.&C. Hoadley, Steinhardt School of Culture, Education and Human Development, New York University, New York, NY, USA.
A.A Ozok and P. Zaphiris (Eds.): Online Communities, LNCS 5621, pp. 498-506, 2009.
Lu Wang, Department of Educational Technology, Capital Normal University, Beijing 100048, China.
Onno De Jong. 2012. Empowering Teachers For Innovations : The Case Of Online Teachers Learning Communities. Creative Education.
Christopher Kevin Wong. 2011. Collaborative Learning Strategies Using Online Communities. Journal Of Physical Theraphy Education.
Dana Thomson. 2010. Conversations With Teachers On The Benefits And Challenges Of Online Learning For Gifted Students. Summer 2010.

Melinda George. 2007. Online Learning Communities : The Next Generation Of Professional Development. ProQuest Education Journal. 

No comments:

Post a Comment