Saturday 30 November 2013

Ayuh, ringankan beban mereka :)

Open-Ear-Fitting (OEF) 
Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

    - Selesa dan kecil
    - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
    - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana




Behind The Ear (BTE)
Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
      pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk

    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
      bagi 
mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
      objek kecil
       - Jangka hayat bateri lebih lama



In The Ear (ITE) / In The Canal (ITC)
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
      memastikan prestasi yang optimum

    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
    - Mudah dikendalikan
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
      tahap yang teruk




Completely In Canal (CIC)
> Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
      penampilan

    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
      kualiti bunyi yang lebih semulajadi 
sound quality

    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
      dan teruk




Bagaimana alat bantu mendengar berfungsi ?

Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.
Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.





Selami dunia mereka :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin masih ramai yang kurang peka dengan insan yang mengalami masalah pendengaran. Jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai insan yang istimewa ini. Mereka masih berhak menjalani kehidupan seperti insan tipikal yang lain. Oleh itu, mari kita sama-sama selami dunia mereka agar kita boleh memahami apa yang mereka alami. 

Masalah pendengaran ditafsirkan dalam banyak aspek. 

> Aspek fisiologi 
a) Seseorang yang pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90 dB atau lebih
b) Seseorang yang separa pekak mengalami kehilangan pendengaran kurang daripada 90 dB

> Aspek pendidikan
a) Seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran
b) Seseorang yang separa pekak mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran

Pengukuran kehilangan pendengaran.

> deciBel(dB) - unit pengukuran kehilangan pendengaran

Jenis-jenis masalah pendengaran.

> Prelingual deafness
  • Masalah pendengaran yang wujud semasa bayi dilahirkan atau wujud sebelum kanak-kanak belajar bercakap
> Postlingual deafness
  • Masalah pendengaran mula wujud selepas belajar  bercakap atau menguasai bahasa
> Sensorineural deafness
  • Disebabkan kecederaan pada bahagian dalam telinga atau pada saraf ke otak
> Conductive deafness
  • Disebabkan kecederaan pada bahagian luar atau tengah telinga
> Congenitally deaf
  • Hilang pendengaran sejak lahir
> Adventitiously deaf
  • Hilang pendengaran selepas lahir

Ciri-ciri masalah pendengaran

  • Sukar tumpukan perhatian
  • Lebih peka pada pergerakan berbanding bunyi
  • Sering meminta untuk soalan diulangi
  • Sering memasuki perbualan tanpa sedar
  • Sukar mengikuti arahan lisan
  • Sukar membunyi atau menyebut perkataan
  • Sering memasang tv atau radio dengan volume yang kuat
  • Tidak memberi tumpuan atau respon apabila orang lain berbual dengannya menggunakan suara biasa
  • Enggan melibatkan diri dalam aktiviti lisan




Saturday 16 November 2013

Life as a student ...

Buat kali kedua, saya ditugaskan untuk membuat blog atas tujuan P&P. Jadi kali ini, kerja menjadi lebih senang kerana ilmu itu sudah ada. Hanya tinggal untuk diaplikasikan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In shaa Allah. Tuntutlah ilmu selagi mampu.