Monday 23 December 2013

BBM 3D ....

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.. Saya ingin menerangkan cara-cara untuk membuat piramid makanan yang berbentuk 3D.

Antara bahan-bahannya ialah polistrene, kertas pembalut, gam, saletip, gunting dan gambar.



Bahan-bahan ini mudah didapati di mana-mana kedai buku. 

Kemudian, saya akan terangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan cara membuat piramid ini. Caranya mudah dan ringkas di mana hanya memerlukan tidak sampai sehari untuk siap. 


Langkah 1 


Potong polistrene kepada bentuk empat segi tepat sebanyak 2 bentuk bersaiz sama besar dan 1 bentuk yang agak kecil saiznya untuk dijadikan tapak.


Langkah 2 


Seterusnya, balutkan polistrene tadi dengan kertas pembalut. 

Langkah 3


Bentukkan kesemua bentuk menjadi piramid.

Langkah 4 



Lekatkan gambar yang dicetak dan dilapikkan dengan polistrene agar nampak lebih menarik. Hasilnya akan jadi seperti ini. 



Langkah 5

Kemudian lekatkan kepingan gambar tersebut di atas piramid yang dah dibentuk tadi. Lekatkan gambar dengan aras-aras yang ditetapkan. 


Selain itu, tambahkan dengan beberapa penerangan seperti gambar di bawah.





Akhirnya siap juga :)

PANDANGAN SETIAP SUDUT

Pandangan atas


Pandangan sisi



Pandangan depan 


Pandangan belakang


Kesihatan amat penting. Jaga kesihatan anda agar segala urusan dapat dilakukan dengan baik. Amalkan pemakanan yang seimbang agar dapat tubuh badan yang sihat. 



Wasalam.....









Siapa mereka ?

Apakah dia kurang pendengaran?
Kurang pendengaran didefinisikan sebagai pendengaran yang tidak jelas atau tidak dapat mendengar dengan sepenuhnya disebabkan kerosakan satu atau kedua-dua belah telinga.
Kurang pendengaran mungkin berlaku ke atas kanak-kanak di dalam pelbagai situasi. Kadang-kala kekurangan ini dapat dikesan oleh ibu bapa atau guru pendidik.
Apakah tahap-tahap dan jenis-jenis kurang pendengaran?
Terbahagi kepada 5 tahap keterukan (bergantung kepada ujian pendengaran);
  • Gangguan pendengaran.
  • Hilang pendengaran yang sederhana.
  • Hilang pendengaran yang sederhana dan serius.
  • Hilang pendengaran yang serius.
  • Hampir pekak.
Ada 3 jenis hilang pendengaran:
  • Hilang pendengaran konduktif.
  • Hilang pendengaran sensorineural.
  • Hilang pendengaran kombinasi konduktif dan sensorineural.
Apakah sebab hilang pendengaran?
Terdapat banyak sebab hilang pendengaran, ia termasuklah:
  • Sebab keturunan semasa kehamilan (gejala yang telah dikenal pasti mempunyai kaitan dengan kehilangan pendengaran adalah ‘Waardenburg s syndrome, Alport’s syndrome, Klippel-Feil syndrome, Usher’s syndrome). Pesakit dilahirkan di dalam keadaan ketiadaan saluran telinga.
  • Sebab semasa kehamilan (insiden berlaku sebelum dan semasa kelahiran) seperti jaundis yang teruk, pramatang yang teruk dan terlalu kecil sewaktu dilahirkan. Jangkitan yang berlaku semasa kehamilan seperti campak, jangkitan telinga tengah yang berulang kali dan jangkitan di otak.
  • Kecederaan pada kepala.
  • Kesan ubat-ubatan terhadap pendengaran seperti (kanamycin, gentamycin, streptomycin).
  • Terdedah pada bunyi bising yang kuat dan berpanjangan.
  • Bocor/pecah pada gegendang telinga.
Bilakah masanya hilang pendengaran patut disyaki?
Berikut adalah indikasi kanak-kanak yang mengalami hilang pendengaran:
  • Tidak bertindak balas sama ada kepada bunyi perlahan atau pun kuat.
  • Menunjukkan masalah perilaku yang berubah sebagai contoh: tidak menurut perintah disebabkan tidak mendengar arahan atau pun bebal, meragam dan kencing malam.
  • Tidak dapat bertutur mengikut peringkat umur.
  • Gagal bertutur dengan normal.
  • Lembab dalam pembelajaran (tidak berupaya untuk belajar).
  • Pencapaian yang tidak memuaskan.
Tanda-tanda amaran adalah:
  • Tiada perkataan yang difahami ketika berusia 18 bulan.
  • Tidak boleh bercakap pada usia 30 bulan.
Bagaimanakah hilang pendengaran dirawat?
Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian saringan pendengaran. Rawatan adalah bergantung kepada jenis, punca jangkitan dan tahap hilang pendengaran. Rawatan secara perubatan atau pembedahan.
Pendekatan perubatan melibatkan:
  • Sesi terapi pertuturan.
  • Memakai alat bantuan pendengaran.
  • Menggunakan bahasa isyarat bagi pekak yang kekal (yang tidak dapat dirawat dengan cara perubatan atau pembedahan).
Pendekatan pembedahan melibatkan:
  • Implan Koklea (bagi mereka yang gagal bertindak balas dengan bantuan pendengaran). Alat elektronik ditanam di dalam koklea melalui pembedahan. Walau bagaimanapun alat ini hanya berfungsi secara optima jika pembedahan ini dilakukan ketika bayi berumur kurang dari 3 tahun.
Bagaimanakah menolong memulihkan kanak-kanak yang kurang pendengaran?
Kanak-kanak ini perlu didaftarkan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas dengan Jabatan Kebajikan dan Jabatan Pendidikan untuk:-
  • Sekolah Khas.
  • Penempatan persekolahan – kelas khas.
  • Terapi pertuturan dengan pakar pertuturan.
Apakah yang dapat dilakukan bagi mengelakkan hilang pendengaran?
Langkah pencegahan termasuk:
  • Memberi imunisasi bagi mengelak penyakit haemophilus meningitis and jangkitan campak.
  • Melakukan saringan ujian pendengaran untuk semua kanak-kanak.
  • Amalkan gaya hidup sihat bagi mengelak jangkitan telinga berulang.
  • Lakukan pemeriksaan telinga secara berkala.
  • Guna pencair kahak bagi batuk, selsema dan hidung berhingus.
  • Elakkan daripada menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan tahi telinga.

Saturday 30 November 2013

Ayuh, ringankan beban mereka :)

Open-Ear-Fitting (OEF) 
Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

    - Selesa dan kecil
    - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
    - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana




Behind The Ear (BTE)
Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
      pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk

    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
      bagi 
mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
      objek kecil
       - Jangka hayat bateri lebih lama



In The Ear (ITE) / In The Canal (ITC)
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
      memastikan prestasi yang optimum

    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
    - Mudah dikendalikan
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
      tahap yang teruk




Completely In Canal (CIC)
> Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan
      penampilan

    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
      kualiti bunyi yang lebih semulajadi 
sound quality

    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
      dan teruk




Bagaimana alat bantu mendengar berfungsi ?

Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.
Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.





Selami dunia mereka :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin masih ramai yang kurang peka dengan insan yang mengalami masalah pendengaran. Jadi, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai insan yang istimewa ini. Mereka masih berhak menjalani kehidupan seperti insan tipikal yang lain. Oleh itu, mari kita sama-sama selami dunia mereka agar kita boleh memahami apa yang mereka alami. 

Masalah pendengaran ditafsirkan dalam banyak aspek. 

> Aspek fisiologi 
a) Seseorang yang pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90 dB atau lebih
b) Seseorang yang separa pekak mengalami kehilangan pendengaran kurang daripada 90 dB

> Aspek pendidikan
a) Seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran
b) Seseorang yang separa pekak mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran

Pengukuran kehilangan pendengaran.

> deciBel(dB) - unit pengukuran kehilangan pendengaran

Jenis-jenis masalah pendengaran.

> Prelingual deafness
  • Masalah pendengaran yang wujud semasa bayi dilahirkan atau wujud sebelum kanak-kanak belajar bercakap
> Postlingual deafness
  • Masalah pendengaran mula wujud selepas belajar  bercakap atau menguasai bahasa
> Sensorineural deafness
  • Disebabkan kecederaan pada bahagian dalam telinga atau pada saraf ke otak
> Conductive deafness
  • Disebabkan kecederaan pada bahagian luar atau tengah telinga
> Congenitally deaf
  • Hilang pendengaran sejak lahir
> Adventitiously deaf
  • Hilang pendengaran selepas lahir

Ciri-ciri masalah pendengaran

  • Sukar tumpukan perhatian
  • Lebih peka pada pergerakan berbanding bunyi
  • Sering meminta untuk soalan diulangi
  • Sering memasuki perbualan tanpa sedar
  • Sukar mengikuti arahan lisan
  • Sukar membunyi atau menyebut perkataan
  • Sering memasang tv atau radio dengan volume yang kuat
  • Tidak memberi tumpuan atau respon apabila orang lain berbual dengannya menggunakan suara biasa
  • Enggan melibatkan diri dalam aktiviti lisan




Saturday 16 November 2013

Life as a student ...

Buat kali kedua, saya ditugaskan untuk membuat blog atas tujuan P&P. Jadi kali ini, kerja menjadi lebih senang kerana ilmu itu sudah ada. Hanya tinggal untuk diaplikasikan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In shaa Allah. Tuntutlah ilmu selagi mampu.